Program Cakna Ramadan 2021 di Kampung Tamau, Kota Belud, Sabah

Pada 08hb Mei 2021 yang lalu, My Humanitarian Sabah telah melaksanakan Program Memasak & Agihan Bubur Lambuk di Masjid Al Mansor, Kg Tamau dan Program Bantuan Bakul Makanan kepada 51 Buah Keluarga yang memerlukan.

Sebanyak 800 pax Bubur Lambuk telah diagihkan kepada penduduk kampung sekitar dan ahli masjid. Program ini dianjurkan oleh My Humanitarian dan Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (IYC KL) dengan kerjasama Pertubuhan Kemanusiaan Projek D’Bayu Sabah, MOVE, Kelab Belia Transformasi Muda Tamau dan KRT Tamau .

Terima kasih kepada Presiden My Humanitarian En. Khairul Annuar Mansor atas kepercayaan untuk My Humanitarian Sabah menjalankan program . Terima kasih kepada Presiden MOVE iaitu Syed Zainal Abidin atas penajaan 20 Buah Keluarga. Terima kasih juga kepada Aktivis My Humanitarian yang memainkan peranan penting dalam mengatur perbincangan dan proses pembelian barangan iaitu Cik Fadilah Mohamad dan juga kepada Exco My Humanitarian Yazid Izzat bagi melancarkan lagi perjalanan program ini.

Program ini diadakan secara santai dan patuh SOP mengikut panduan MKN.Semoga program sebegini dapat diteruskan oleh anak tempatan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Ety Hayati Rahman Warchati,
Exco My Humanitarian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *