MyHumanitarian dengan Kerjasama Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur menganjurkan Program Cakna Ramadan 2021 bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan . Program akan diadakan di beberapa buah negeri seperti Kedah, Sabah, Johor dan Negeri Sembilan.
Program Cakna Ramadan pada hari ini di Kampung Tok Kepak, Kodiang Kedah telah dihadiri oleh YBhg Dato’ M. Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia , YBrs Dr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Pengarah IYCKL merangkap penasihat MyHumanitarian dan Encik Khairul Annuar Mansor, Presiden MyHumanitarian.
Antara aktiviti yang telah diadakan seperti memasak dan agihan bubur lambuk oleh sukarelawan dan penduduk kampung, serahan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan serta ziarah prihatin ke rumah penduduk kampung yang uzur dan kurang bernasib baik.
MyHumanitarian mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada penduduk kampung terutama Jawatankuasa Surau An-Nur Tok Kepak, Yayasan Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur dan Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia yang telah memberi kerjasama dan sokongan dalam penganjuran program kali ini.
Posting di Laman Instagram : https://www.instagram.com/p/COSnYqhndc3/?utm_source=ig_web_copy_link