PROGRAM KEPIMPINAN ALTRUISTIK ALUMNI MFLS SIRI-3

28 Mei 2022 | Sabtu
PROGRAM KEPIMPINAN ALTRUISTIK ALUMNI MFLS SIRI-3

Presiden Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) , Encik Khairul Annuar Mansor telah mengadakan sesi perkongsian pengalaman kesukarelaan bersama peserta-peserta Program Kepimpinan Altruistik Alumni MFLS Siri-3 anjuran Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di Kem Wawasan Negara Meru, Klang Selangor.

Pada program ini, beliau turut berkongsi ilmu dan pengalaman yang diceburi sepanjang melibatkan diri sebagai dalam program- program belia, kemasyarakatan & kesukarelaan bagi menyuntik semangat baharu kepada peserta yang terdiri dalam golongan belia untuk bersama meneroka dan menceburi dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan sama ada melalui Kementerian Belia dan Sukan, MyHumanitarian atau pelbagai organisasi yang menganjurkan program kemasyarakatan.

#LeaveNoOneBehind

#MyHumanitarian #SDGs #ilead #KBSMalaysia #beliamalaysia

KeluargaMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.