PROGRAM KHIDMAT SUKARELAWAN MYHUMANITARIAN – PASCA BANJIR DI KAMPUNG BUKIT LANCHONG, SHAH ALAM.

26 Disember 2021 | PROGRAM KHIDMAT SUKARELAWAN MYHUMANITARIAN – PASCA BANJIR DI KAMPUNG BUKIT LANCHONG, SHAH ALAM.


Seramai 40 orang sukarelawan Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) terlibat dalam aktiviti Program Khidmat Sukarelawan MyHumanitarian – Pasca banjir di Kampung Bukit Lanchung, Shah Alam dengan fokus utama untuk membawa keluar peralatan rumah yang telah rosak serta sampah sarap yang bertimbun diperkarangan rumah.

Sukarelawan MyHumanitarian telah ditempatkan di rumah En Mohd Tarmizi, yang merupakan salah seorang mangsa banjir di kampung ini bagi membantu beliau dan keluarganya. Sebanyak 4 buah rumah dikawasan ini telah dibantu untuk dibersihkan oleh Sukarelawan MyHumanitarian. Turut bersama dalam program ini ialah Encik Khairul Annuar Mansor, Presiden MyHumanitarian.

Terima kasih diucapkan kepada semua Sukarelawan MyHumanitarian, Pusat Belia Antarabangsa dan kepada mereka yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga dengan bantuan daripada MyHumanitarian ini dapat meringankan beban keluarga ini.

Dalam masa sama, MyHumanitarian turut mendoakan semoga tabah dan sabar menghadapi dugaan serta diberikan kekuatan kepada semua mangsa di seluruh negeri yang turut terkesan dengan bencana banjir ini.

‘Leave No One Behind’

#MisiBanjir #DaruratBanjir #MyHumanitarian #SDGs #iyckl #kbsmalaysia #teamkbs #beliamalaysia #KeluargaMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.