Presiden Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MHM)telah melakukan sendiri tinjauan lokasi bagi pelaksanaan Program Komuniti Gotong-royong Saluran Air Bersih untuk Sekolah Kebangsaan St Pius di Perkampungan Rumah Panjang Long San, Miri Sarawak. Sekolah ini mempunyai hampir 400 orang pelajar dan hampir semuanya tinggal di asrama yang disediakan oleh pihak sekolah.
Sekolah ini sering terputus bekalan air bersih terutama semasa musim kemarau dan memberi kesan kehidupan seharian anak-anak di sekolah ini.
Semoga adanya program yang akan dilaksanakan oleh kami di sini dengan sokongan penuh oleh ADUN N77 Telang Usan dan Kerajaan Negeri Sarawak nanti, insya’allah akan memberikan sinar kegembiraan kepada anak-anak ini dan dapat menumpukan sepenuh perhatian pembelajaran di sekolah.
Doakan kejayaan program kami di sini.
‘Leave No One Behind’
#SDG’s #mhm #iyckl #dunN77 #TelangUsan #beliamalaysia