
Mengenai Projek Kampung Angkat MADANI
Merupakan iltizam Kerajaan MADANI melalui inisiatif daripada YAB Perdana Menteri , Dato Seri Anwar Ibrahim dalam membawa perubahan kepada komuniti setempat terutama melibatkan kemudahan infrastruktur untuk keselesaan rakyat.
Projek ini diamanahkan kepada seluruh Kementerian & Agensi Persekutuan dengan mengenalpasti Kawasan yang perlu diberi perhatian dalam membangunkan dan mensejahterakan kehidupan Masyarakat tersebut.
Pelaksanaan program yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia & Sukan (KBS) melalui Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di Kampung Long Latei adalah kelainan berbanding di Kementerian lain kerana ia dilakukan secara bergotong-royong bersama sukarelawan dari Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) dan ‘Local Heroes’ iaitu pasukan tenaga mahir terdiri daripada belia dari pelbagai kampung dalam DUN N77 Telang Usan dan Komuniti Penduduk Kampung Long Latei.
Matlamat Program Kursus Latihan & Kesukarelawanan
Untuk membantu masyarakat di pedalaman DUN N77 Telang Usan dalam mendapat ilmu dan pengetahuan baharu dalam memajukan sosio ekonomi setempat. Para peserta yang mengikuti kursus ini akan mengimplimentasikan dalam kehidupan disamping mampu menjadi sumber pendapatan baharu dan meningkatan taraf kehidupan mereka.
Mengenai Kampung Long Latei
- Kampung Long Latei terletak di daerah Telang Usan, Miri, Sarawak.Kampung ini telah wujud sejak 34 tahun yang lalu.
- Perjalanan dari Miri ke Kampung Long Latei mengambil masa selama 6 jam menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
- Penduduk di kampung ini merupakan Kaum Penan. Jumlah penduduk kampung hampir seramai 500 orang dan lebih kurang 200 orang daripada penduduk kampung ini adalah golongan belia.
- Belia-belia di kampung ini kebanyakannya pelajar, bekerja di kem Syarikat Balak dan merantau di bandar.
Pelaksana Program
Penganjur : Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) , Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian)
Dengan Kerjasama : Pusat Khidmat Masyarakat DUN N77 Telang Usan , JKKK Kampung Long Latei & Kelab Belia Long Latei