ULU BARAM – Masih ramai yang bertanya mengenai Program Kesukarelaan kami di kawasan pedalaman Ulu Baram, Miri Sarawak. Mungkin ada yang terlepas pandang program kami sebelum ini.
Di sini suka saya kongsikan kejayaan program kami sekali lagi melalui video aktiviti dan gerak kerja para SUKARELAWAN yang saya anggap sebagai HERO kerana banyak membantu dan sanggup hadapi segala cabaran semasa berada di kawasan pedalaman demi memastikan kejayaan program kami di Rumah Panjang Kampung Long Puak.
ADAKAH ANDA BERSEDIA?
Tanyalah diri anda sendiri sebelum anda sertai kami.
‘Leave No one Behind’
Khairul Annuar Mansor
Pengarah Program,