Presiden MyHumanitarian, En. Khairul Annuar Mansor serta barisan EXCO dan Sukarelawan #MyHumanitarian mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru buat semua pada pendidik.
Tema “Berguru Demi Ilmu , Bina Generasi Baharu” ini dipilih bersesuaian dengan peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Semoga semua guru menjiwai profesyen perguruan, mendidik dengan hati yang murni dan ikhlas dalam beramal membangun pemimpin masa hadapan.
Mudik ke hulu mencari palas,
Buat ketupat di hari raya,
Jasa guru tidak terbalas,
Mendidik kami sehingga berjaya..
Selamat Hari Guru 2021.
