Selamat Hari Malaysia 2021

Sambutan Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun adalah untuk memperingati, menghayati dan memahami sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia hasil perjuangan rakyat dan pemimpin terdahulu.
Ianya juga sama pentingnya dengan sambutan Hari Kebangsaan yang perlu dijiwai oleh seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.


Adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia untuk taat setia dan cintakan tanah air demi memastikan keamanan, keharmonian dan kemajuan yang dikecapi selama ini terus berkesinambungan, seterusnya mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat.


Bersama-samalah kita berdoa semoga negara Malaysia yang bertuah ini sentiasa dilimpahi rahmat keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran yang berkekalan.


Selamat Hari Malaysia dari Presiden MyHumanitarian, En Khairul Annuar Mansor serta Barisan EXCO dan Seluruh Sukarelawan #MyHumanitarian

#MalaysiaPrihatin #HKHM2021 #DemiNegara #LeaveNoOneBehind #MenangBersama


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *