Presiden , Encik Khairul Annuar Mansor serta Barisan Jawatankuasa dan Seluruh Sukarelawan Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) mengucapkan selamat Hari Sarawak kepada seluruh Rakyat Sarawak yang menyambut hari ini.
Tarikh 22 Julai amat istimewa bagi memperingati tarikh penyerahan pentadbiran negeri kepada anak watan Sarawak. Ia merupakan simbolik bagi memperingati tarikh Gabenor Kerajaan Inggeris terakhir, Sir Alexander Waddell menyerahkan pentadbiran kepada rakyat tempatan pada 1963.
Semoga Sarawak terus maju, makmur dan mengekalkan perpaduan yang utuh demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.
#LeaveNoOneBehind#SDGs#myhumanitarian#BeliaMalaysia#IniMasaKita#YouthForChange#KeluargaMalaysia
