Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia 2022

Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia 2022, dengan tema sambutan tahun ini, “Gender Equality Today for Sustainability Tomorrow”.

Manakala tema di Malaysia ialah ‘Saksama Bersama’ atau “Break the Bias” yang juga bertepatan dengan matlamat yang digariskan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030) untuk meningkatkan kesedaran seluruh lapisan masyarakat tentang peri pentingnya mencapai kesaksamaan jantina di Malaysia.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), yang secara rasminya mengiktiraf Hari Wanita Antarabangsa pada tahun 1977, turut menerima Konvensyen Tentang Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW), iaitu satu perjanjian penting antarabangsa yang menggariskan hak-hak wanita. Malaysia turut tidak ketinggalan dalam hal ini dengan mengambil keputusan untuk menandatangani CEDAW pada tahun 1995.

Selaras dengan Teras Kelima Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), untuk mencapai kesaksamaan jantina, serta memperkasa wanita dan anak-anak perempuan, Hari Wanita Sedunia merupakan satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa wanita yang sangat signifikan dalam pembangunan negara.

Selamat Hari Wanita 2022 – Saksama Bersama

#LeaveNoOneBehind #MyHumanitarian #SaksamaBersama #TerimaKasihWanita #HariWanita2022 #keluargamalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *