Hijrah atau perpindahan Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah merupakan satu titik sejarah yang amat besar ertinya ke atas perkembangan Islam dan juga kekuatan umatnya. Pentingnya Hijrah itu tidak dapat kita nafikan kerana ia adalah satu Sunnah Nabi yang memberi pedoman terhadap sikap dan gerak-geri kita.
Daripada riwayat Abdullah bin Habsyi, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Presiden MyHumanitarian ; En. Khairul Annuar Mansor , Barisan Jawatankuasa dan Seluruh Sukarelawan Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah (Awal Muharram) kepada seluruh muslimin dan muslimat.
“Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”