LONG PUAK – Hari ini merupakan hari pertama kumpulan 1 sukarelawan memulakan kerja2 projek saluran air bersih untuk Rumah Panjang Kampung Long Puak.
Dengan kekuatan seramai 20 orang sukarelawan bersama-sama penduduk kampung, kumpulan ini memulakan tugas dengan kerja2 membersihkan kawasan tadahan air bersih, membersihkan kawasan laluan saluran paip air dan juga kerja2 menarik paip air bersaiz 3 inchi mula dilakukan.
Seperti yang saya nyatakan di dalam taklimat pagi sebelum memulakan tugas, banyak kali saya ingatkan kepada semua sukarelawan, aspek keselamatan harus diutamakan dan tiada kompromi.
Semoga dengan niat dan usaha kami yang sekecil ini, dapat memberikan sebuah harapan yang pasti kepada penduduk kampung yang telah menunggu hampir 20 tahun untuk mendapatkan bekalan air yang bersih untuk kegunaan mereka seharian.