Syarahan Bersama MFLS KBS – ‘Sukarelawan Bukan Sekadar Hobi’

Pada 4 September 2021, Presiden Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian), En. Khairul Annuar Mansor telah menerima Jemputan daripada Pihak Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) untuk menyampaikan syarahan berkaitan sukarelawan. i-LEAD merupakan Agensi dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Syarahan yang bertajuk ‘Sukarelawan Bukan Sekadar Hobi’ telah dikendalikan oleh Kem Wawasan Negara Meru telah dihadiri oleh bekas-bekas peserta Malaysia Future Leaders School (MFLS) bagi memberi pendedahan kepada peserta-peserta berkaitan dunia sukarelawan. Ia juga bertujuan memberi galakan dan semangat kepada remaja dan anak muda ini agar memanfaatkan masa terluang dengan menyertai aktiviti kesukarelaan.

Diharapkan perkongsian ini dapat menyuntik motivasi dan semangat kepada peserta-peserta untuk sama-sama terlibat dengan kerja-kerja Kesukarelawanan dan sama-sama menyumbangkan kepada masyarakat dan negara.

Terima kasih kepada pihak i-LEAD, MFLS dan Kem Wawasan Negara Meru atas jemputan dan ruang yang diberikan. MyHumanitarian sedia membantu dan ingin sama-sama terlibat dalam memupuk semangat sukarelawan dikalangan anak muda dan remaja.

Sebahagian bekas peserta Malaysia Future Leaders School (MFLS) bergambar bersama En.Khairul Annuar Mansor , Presiden MyHumanitarian
En.Khairul Annuar Mansor menyampaikan syarahan kepada bekas peserta MFLS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *