TEAM LOGISTIK MyHUMANITARIAN BERANGKAT KE MIRI SARAWAK

15 Oktober 2021 | Jumaat

Selamat berangkat diucapkan kepada Team Logistik MyHumanitarian ke Miri Sarawak bagi membuat persiapan dan persediaan untuk menerima ketibaan semua sukarelawan MyHumanitarian daripada seluruh Malaysia.

Team Logistik ini akan membuat persiapan yang amat teliti bagi memastikan perjalanan program teratur dan keselamatan serta kesihatan para sukarelawan menjadi keutamaan. Semua sukarelawan MyHumanitarian ini akan bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan didalam Program Komuniti Gotong-royong Membina Saluran Air Bersih di Kawasan Pedalaman N77 Telang Usan yang dijangka mengambil masa selama dua bulan.

Sukarelawan MyHumanitarian akan ditempatkan di dua Perkampungan Penan iaitu Kampung Long Sayan dan Kampung Long Latei. Semoga misi MyHumanitarian kali ini akan berjaya dilaksanakan seperti yang diharapkan. Bon Voyage.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *