ANGKASAPURI – Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MHM) telah diundang di dalam sesi temubual di Rancangan Biz Malaysia RTM yang membawa tajuk ‘Pembangunan Belia Dalam Komuniti’. MHM telah diwakili oleh Presiden sendiri, Sdr Khairul Annuar Mansor dan juga Exco merangkap Kordinator Program ini iaitu Sdri Siti Shazleen Shazali. Di dalam temubual ini banyak memfokuskan mengenai kejayaan melaksanakan gerak kerja kesukarelaan yang telah kami laksanakan di kawasan pedalaman Ulu Baram iaitu di Rumah Panjang Long Puak.
MHM berkesempatan berkongsi pengalaman kami sepanjang misi kami di sana disamping menceritakan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan demi memastikan bekalan air bersih dapat dinikmati oleh penduduk disamping membangunkan potensi anak muda di kampung tersebut.
TERIMA KASIH RTM.
‘Leave No One Behind’
Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia