Melihat kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh Guru-guru, ibubapa, penduduk kampung dan para sukarelawan MyHumanitarian di Kampung Long San bagi menyiapkan saluran bekalan air bersih bagi kegunaan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Saint Pius Long San.
Ini sebenarnya tujuan kami mengadakan program di sini. Bukan sahaja bagi membina saluran air semata-mata tetapi perkara yang lebih penting lagi adalah untuk menggerakkan keseluruhan komuniti bergotong-royong bersama-sama diantara anak muda dan masyarakat bagi melahirkan rasa kasih sayang antara mereka dan bersama-sama bertanggungjawab menjaga kemudahan air ini apabila siap dibina nanti.
Kemudahan ini akan dijaga sebaiknya kerana ianya dibina bersama-sama dengan penuh gembira dan kasih sayang demi memastikan anak-anak mereka dapat belajar dengan sempurna di sekolah ini.
Ini bukan usaha yang mudah. Saya bangga kerana mempunyai sekumpulan anak muda yang sangat berkebolehan membantu saya sepanjang misi kami di sini. Mungkin ini satu usaha kecil saya bagi menggilap dan melahirkan potensi anak muda sebagai pemimpin pelapis satu hari nanti.
ANDA SEMUA HEBAT.
‘Leave No One Behind’