TERIMA KASIH YAB KETUA MENTERI SARAWAK

Majlis Perasmian Program Komuniti Gotong-royong Saluran Air Bersih untuk Rumah Panjang Kampung Long Puak yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Negeri Sarawak bersempena Majlis Perasmian Jambatan Long Lama.

Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh YB En. Dennis Ngau, ADUN N77 Telang Usan, YBrs Dr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur bersama sukarelawan MHM yang telah terlibat di dalam program ini serta belia-belia daripada Kelab Belia Long Puak dan penduduk Rumah Panjang Kampung Long Puak.

YAB Ketua Menteri Sarawak menzahirkan rasa gembira di atas kejayaan program ini dan mengucapkan tahniah kepada semua sukarelawan yang terlibat. Insya’allah beliau akan menyokong program yang seumpama ini yang akan diadakan di Perkampungan Rumah panjang yang lain pula.

Bagi pihak MHM, kami telah bersedia untuk menabur bakti di dalam siri program yang akan datang.

‘Leave No One Behind’

#SDG’s #MHM #iyckl #kbs #beliaMalaysia