Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) hari ini terlibat dalam menjayakan ‘The Malaysian Youth SDG Summit 2022′ bertempat di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lunpur. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
MyHumanitarian telah membuka booth pameran berkaitan pelaksanaan program yang memenuhi elemen Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustanaible Development Goals (SDG). Antaranya program di Kawasan Pedalaman Telang Usan, Miri Sarawak dengan mempaparkan kejayaan program SDG MyHumanitarian sepanjang penganjurannya bermula tahun 2017 dan sehingga kini 5 buah kampung yang terlibat telah menikmati bekalan air bersih serta program – program kemasyarakatan yang telah dilaksanakan.
‘Leave No One Behind’
#MyHumanitarian #LeaveNoOneBehind #SDGs #malaysianyouth #IniMasaKita #HariBeliaNegara #KeluargaMalaysia












