Young Humanitarian Bergotong Royong Bersihkan Rumah di Seremban Akibat Banjir

21 Dis 2021 | Young Humanitarian Bergotong Royong Bersihkan Rumah di Seremban Akibat Banjir.

Sukarelawan Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) melalui “Young Humanitarian” berada di Seremban bagi membantu membersih beberapa rumah penduduk di kawasan Batu 4 Jalan Jelebu yang telibat dengan musibah banjir kilat.

Dalam masa sama, para sukarelawan turut mengedarkan beberapa barangan keperluan kepada 13 keluarga penduduk yang terlibat bagi meringankan beban akibat bencana ini.

Semoga penduduk kawasan ini dan mereka yang sedang menghadapi bencana banjir kini secara amnya terus diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian ini dan dipermudahkan segala urusan dalam menjalani kehidupan seharian.

Leave a Reply

Your email address will not be published.